Ummu Jah Selamat Dikebumikan

Ummu Jah selamat dikebumikan
Jitra: Balu kepada Allahyarham Ashaari Muhammad, Hatijah Aam, 61, atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Putat, Batu 20, Jalan Kodiang di sini, 10.20 pagi semalam.
Hampir 1,000 pengikut dan ahli keluarga serta kenalan rapat Allahyarham memenuhi perkarangan Tanah Perkuburan Islam Kampung Putat bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah sejak 8 pagi.
Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al-Islah, Kampung Putat, Padang Sera, Kodiang terletak bersebelahan tanah perkuburan kira-kira 9.30 pagi.
Ketua Pegawai Eksekutif Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB), Lokman Hakim Pfordten berkata, pihaknya sepakat melantik Datuk Rasidi Abdullah sebagai Pengerusi Eksekutif GISB yang baru, sekaligus pemegang jawatan Yang Dipertua Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM) berkuatkuasa serta-merta.
Bagaimanapun, katanya, jawatan lain termasuk struktur lembaga pengarah di seluruh dunia dalam kedua-dua entiti berkenaan dikekalkan.
“Saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang membantu urusan hingga jenazah disemadikan.
“Kami beriltizam untuk memastikan semua aktiviti perniagaan dan perkhidmatan dalam kedua-dua entiti ini dapat terus dilaksanakan sepertimana yang digariskan sepanjang kami bersama Allahyarhamah,” katanya dalam satu kenyataan rasmi, di sini, hari ini.
Katanya, jutaan terima kasih juga dizahirkan kepada semua agensi kerajaan terutama pihak keselamatan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dan semua badan berkuasa agama negeri kerana membantu usaha GISB yang diterajui Allahyarham untuk kembali ke arus perdana.
Allahyarham Ummu Jah meninggal dunia pada 7.45 malam tadi di Kedah Medical Centre (KMC) kerana sakit jantung.
Ummu Jah selamat dikebumikan
Sumber : Harian Metro 

Leave a comment